Selamat Datang Ke Perpustakaan Maya Abang Unggal.. Laman Blog Ini Sedang Giat Di Kemaskini Dari Semasa Ke Semasa.. Ketika Ini Ada PENCINTA ILMU DI DALAM BLOG

Para Pengunjung Sekalian... Sudahkah Anda Bersedia..?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.. KUNJUNGAN ANDA KE BLOG PERPUSTAKAAN MAYA INI ADALAH DIALU-ALUKAN.. SAYA ABANG UNGGAL PEMBANTU PERPUSTAKAAN ANDA BERSIAP SEDIA MEMBAWA ANDA MENEROKA DUNIA UNIK PERPUSTAKAAN.. BERSEDIA SEMUA.. AYUH KITA JELAJAH LAMAN BLOG INI.. .
.

Hentian 1 : Pengenalan Kepada Perpustakaan


SEJARAH RINGKAS PERPUSTAKAAN DI DUNIA

ZAMAN KETAMADUNAN SUMERIA, BABYLON & ASSYRIA

Tahun : Sekitar 3000 Sebelum Masihi (SM) hingga 650 SM

Lokasi : Lembah Sungai Tigris & Euphratus

Sistem : Sistem Katalog Ringkas

Penemuan : Pictograf & Tulisan Cunieform

Kaedah Katalog : Kepingan Tanah Liat

Koleksi : Senarai nama kota – kota besar di Palastine, Syria dan Mesopotamia, kosa kata, bahasa negrara jiran, maklumat perniagaan, pentadbiran, undang – undang, botani, zoologi, matematik mudah, adat istiadat, doa dan mentera

Perpustakaan Utama : (sumber tidak diperolehi)

ZAMAN MESIR PURBA

Tahun : Sekitar 3000 Sebelum Masihi (SM) hingga 650 SM

Lokasi : Lembah Sungai Nil

Sistem : Gulungan Daun Papyrus (rumput yang tumbuh di sekitar Sungai Nil)

Penemuan : Perpustakaan Dalam Makam Diraja (kegunaan selepas mati)

Kaedah Katalog : Susunan kotak Daun Papyrus mengikut tajuk

Koleksi : Sejarah, Puisi, Pertanian, Astronomi & Kejuruteraan, Hak Milik Harta, Pembayaran Cukai, Banjir Tahunan, Ilmu Alam, Georafi, Bahasa Asing, Pentadbiran, Undang – Undang, dan Maklumat Ketenteraan

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Raja Ramses II

ZAMAN KERAJAAN ASSYRIAN

Tahun : Sekitar 3000 Sebelum Masihi (SM) hingga 650 SM

Lokasi : Utara Afrika

Sistem : Sistem Katalog Ringkas

Penemuan : Raja Esarhaddon & anaknya Raja Assurbanipal giat mengumpul ilmu

Kaedah Katalog : (sumber tidak diperolehi)

Koleksi : Sejarah, Tatabahasa, Undang –Undang, Geografi, Pentadbiran dan Ternakan, Koleksi penting perpustakaan ini ialah Epic of Gilgamesh yang menceritakan tentang Raja Uruk dari Babylon

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Kuil Nabu (Dewa Kebijaksanaan)

ZAMAN EMPAYER GREEK KUNO

Tahun : 600 SM

Lokasi : Sekitar Medietranean & Utara Afrika

Sistem : Sistem Katalog Ringkas

Penemuan : Ahli Falsafah memiliki perpustakaan peribadi

Kaedah Katalog : (sumber tidak diperolehi)

Koleksi : 700,000 gulungan papirus yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang ilmu

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Iskandariah(Perpustakaan ini dibina semula di tapak asal dan mula beroperasi pada tahun 2002 selepas musnah dalam serangan fanatic kristian dan gempa bumi serta banjir)

ZAMAN KERAJAAN PERGAMON

Tahun : 241SM hingga 197 SM

Lokasi : Sekitar Lembangan Sungai Tigris & Euhphratus

Sistem : Sistem Katalog Ringkas

Penemuan : Penggunaan Kulit Binatang sebagai medium penulisan

Kaedah Katalog : Penggunaan Kulit Binatang mulai abad ke – 4 menggantikan papyrus

Koleksi : (sumber tidak diperolehi)

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Pergamene

ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM

Tahun : 711 M hingga 1258 M

Lokasi : Andalus, Cordova, Baghdad

Sistem : Sistem Katalog Ringkas

Penemuan : Darul Ilmu & Kulit Kayu Poplar, Perpustakaan Masjid, Penciptaan Kertas oleh China

Kaedah Katalog : Daun Papyrus, Kulit Binatang & Kulit Kayu Poplar

Koleksi : Falsafah, Astronomi, Perubatan, Sains, Pelayaran, Geografi, Keagamaan

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Andalus, Perpustakaan Kaherah, & Perpustakaan Baghdad (Perpustakaan – perpustakaan ini musnah disebabkan serangan Tentera Monggol)

ZAMAN AWAL EROPAH & AMERIKA KINI

Tahun : Abad Ke 13 hingga Abad Ke 19

Lokasi : Sekitar Eropah & Amerika

Sistem : Sistem Katalog Ringkas, Library of Congress (LCC), Dewey Decimal Classification (DDC), National Library of Medicine (NLM)

Penemuan : Mesin Cetak, Perpustakaan Congress

Kaedah Katalog : Daun Papyrus, Kulit Binatang & Kulit Kayu Poplar

Koleksi : Koleksi terbahagi kepada 16 pecahan cabang ilmu (DDC), 25 pecahan (LCC) & 26 pecahan (NLM)

Perpustakaan Utama : Perpustakaan Congress, OhioLink, British Library & National Library of Medicine

PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA

Mula diusahakan penubuhannya pada tahun 1956. Berikut diringkaskan Kronologi Penubuhan dan Pembukaan Perpustakaan Negara

(1959 - 1961) – Beberapa Badan Profesional, Persatuan Perpustakaan Negara & orang perseorangan telah memulakan gerakan penubuhan perpustakaan negara

1962 – Yayasan Lee telah menyumbang RM 500,000 bagi Tabung Perpustakaan Negara

1963 – Arkib Negara menyediakan Laporan berkenaan penubuhan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur

1966 – Jawatankuasa Perpustakaan Negara dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan Perpustakaan Negara

1966 – Akta Pemeliharaan Buku – Buku dijadikan pra-syarat penerbitan dimana 2 naskah perlu dihantar ke Perpustakaan Negara

1966 - Perpustakaan Negara diletakkan dibawah seliaan Arkib Negara Malaysia

1 September 1972 – Akta Perpustakaan Negara diwujudkan, bahagian Rujukan turut dibuka kepada orang awam. Perpustakaan ketika itu ditempatkan di Bangunan UMBC

1975 – Pemberian pinjaman kepada orang awam mula dilaksanakan

1977 – Perpustakaan Negara Malaysia menjadi Jabatan Kerajaan Persekutuan dan diasingkan daripada Arkib Negara

1982 – Perpustakaan Negara Malaysia dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi urusan ISBN buku

1983 – Perpustakaan Negara Malaysia diisytiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu

1986 - Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 diluluskan bagi menggantikan Akta Pemuliharaan Buku 1966. Akta ini mewajibkan setiap penerbit menyerahkan 5 naskah bahan bercetak dan 2 naskah tidak bercetak kepada Perpustakaan Negara

1987 – Akta Perpustakaan Negara 1972 dipinda. Kini Perpustakaan diselia sepenuhnya oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Perlancongan

1988 – Perpustakaan Negara memperolehi Sistem Berkomputer pertamanya dan Sistem Perbekalan Penerbitan Antara Perpustakaan mula diperkenalkan

1990 – Online Public Access Catalogue (OPAC) diperkenalkan sebagai kaedah mudah pencarian bahan di perpustakaan

1992 – Perpustakaan Negara Malaysia ditempatkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sehingga kini

Sumber : Panduan Mengurus Perpustakaan..

KEPELBAGAIAN PERPUSTAKAAN & FUNGSINYA

1. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

- Pusat Sehenti Maklumat di Malaysia.

- Pinjaman Awam.

- Pengumpul Koleksi Malaysiana.

- Pusat Kebangsaan bagi urusan ISBN buku.

- Mengkatalog semua hasil negara

2. PERPUSTAKAAN AWAM

- Menyediakan perkhidmatan bahan bacaan & rujukan kepada komuniti setempat.

- Menyediakan kemudahan internet, bahan bukan cetak & keperluan semasa para pengguna.

3. PERPUSTAKAAN AKADEMIK

- Menyokong fungsi pembelajaran & pengajaran di IPT

- Menyediakan bahan – bahan ilmiah bagi keperluan para pelajar dan pengajar

- Menyediakan persekitaran belajar yang kondusif

4. PERPUSTAKAAN SEKOLAH

- Menyediakan bahan ilmiah bagi keperluan pembelajaran dan pengajaran peringkat sekolah tersebut.

- Koleksi bahan adalah seperti, Ensiklopedia, Bank Soalan, dan Buku Kerja serta Kamus

5. PERPUSTAKAAN KHUSUS

- Hampir menyamai fungsi arkib bagi sesebuah organisasi / jabatan.

- Menyediakan bahan rujukan semasa. Sedangkan arkib menyimpan bahan untuk simpanan kekal & rujukan akan datang.

10 PERATURAN UMUM/TATATERTIB PERPUSTAKAAN

1. Hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

2. Hendaklah berkelakuan sopan dan tertib.

3. Tidak membuat bising dan berkejaran/bergurau senda di dalam perpustakaan.

4. Dilarang mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana – mana bahan bacaan dan kemudahan di perpustakaan.

5. Dilarang tidur, merokok, meludah, makan atau minum di dalam perpustakaan.

6. Hendaklah meletakkan semula bahan yang telah digunakan ke tempat asalnya atau troli berdekatan.

7. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Tetapi hendaklah di mode senyap.

8. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerosakan barang atau harta benda milik pengguna.

9. Peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

10. Peminjaman hanya dibenarkan untuk ahli sahaja dan kad keahlian tidak boleh dipindah milik.

Hentian 2 : Jenis Koleksi Bahan Perpustakaan


BAHAN - BAHAN RAK TERBUKA (OPEN SHELVE)

Jenis Bahan
- Rujukan Utama, Bacaan Am, Buku Cerita dan Edisi Terkini.

Harga Bahan
- Kurang RM 1000.00 *

Lokasi Bahan
- Ruangan Rak Terbuka

Status Bahan
- Boleh Di Pinjam

BAHAN = BAHAN RUJUKAN (REFERENCE COLLECTION)

Jenis Bahan
- Ensiklopedia, Kamus, Handbooks, Almanak, Tresuarus, dan Buku Hadiah

Harga Bahan
- Lebih RM 1000.00*

Lokasi Bahan
- Ruangan Koleksi Rujukan.

Status Bahan
- Tidak Boleh Di Pinjam.

Label Bahan
- (‘Ruj’) , (Ref) dan sebagainya.

JURNAL/MAJALAH/JURNAL BERJILID

Jenis Bahan
- Majalah, Jurnal Terkini dan Jurnal Berjilid (Kompilasi Tahunan)

- Online Journal

CAKERA PADAT DAN PITA VIDEO

Jenis Bahan
- CD, CD-Rom, DVD, Pita Kaset, Microfilms dan Pita Video.

Lokasi Bahan
- Di Koleksi Buku Reseb*

Status Bahan
- Tidak Boleh Di Pinjam.*

Menggunakan Bahan
- Hanya Boleh Digunakan Di Bilik Mendengar atau Bilik Tayangan.

PETA, PHAMPLETE, GLOBE, DAN SCORE MUZIK

Koleksi Bahan
- Peta Dunia, Atlas, Peta Malaysia, Phamplete Terkini, dan Score Muzik.

Lokasi Bahan
- Bahagian Perkhidmatan Maklumat.*

Status Bahan
- Tidak Boleh Di Pinjam.*

Label Bahan
- Label Tertentu (Mengikut Perpustakaan)

Menggunakan Bahan
- Hanya dibenarkan membuat salinan Fotokopi.

THESIS/PROJEK PELAJAR/LAPORAN TAHUNAN/KERATAN AKHBAR/BANK SOALAN

Jenis Bahan
- Thesis, Projek Pelajar (Perpustakaan Akademik Sahaja), Bank Soalan (Sekolah) Keratan Akhbar dan Laporan Tahunan

Lokasi Bahan
- Kumpulan Buku Reseb

Status Bahan
- Tidak Boleh Di Pinjam.

Label Bahan
- Label Tertentu (Mengikut Perpustakaan)

Menggunakan Bahan
- Hanya dibenarkan membuat salinan Fotokopi.

AKHBAR HARIAN UTAMA

Jenis Bahan
- Langganan Fizikal & Capaian Internet

Lokasi Bahan
- Sudut Bacaan Khas di Perpustakaan Tersebut.

Status Bahan
- Tidak Boleh Di Pinjam.

Label Bahan
- Cop Hak Milik (Mengikut Perpustakaan)

Menggunakan Bahan
- Hanya dibenarkan membuat salinan Fotokopi dan membuat bacaan sahaja.

- Layari Laman Web Akhbar Harian Utama Tersebut.

- Layari Laman Blog http://dunialibraryku.blogspot.com/

* Tertakluk kepada Polisi Perpustakaan tersebut.

Hentian 3 : Perkhidmatan Lazim Perpustakaan


PERKHIDMATAN FOTOKOPI/MENCETAK

- Lazimnya disediakan di Bahagian Kemudahan ICT seperti Bilik IT/Sudut IT/Ruangan Multimedia. Walaubagaimanapun penempatan peralatan tersebut adalah tertakluk kepada sesebuah perpustakaan berkenaan.

- Caj Perkhidmatan lazimnya seperti berikut :

Fotokopi 10 sen/helai

Mencetak 30 sen/helai

- Kaedah bayaran tertakluk kepada polisi perpustakaan berkenaan. Antaranya Bayaran Tunai atau Penggunaan Kad Slot.

Contoh Kad



PERKHIDMATAN MESIN PENGIMBAS

- Penempatan Mesin Pengimbas adalah tertakluk kepada sesebuah perpustakaan tersebut. Tetapi lazimnya ditempatkan di Bahagian Kemudahan ICT seperti Bilik IT/Sudut IT/Ruangan Multimedia.

PERKHIDMATAN INTERNET

- Perkhidmatan ini lazimnya disediakan untuk kemudahan pengguna melayari internet bagi tujuan pencarian ilmiah.

- Perkhidmatan ini sesetangahnya berbayar manakala sesetengahnya percuma.

- Bagaimanapun perkhidmatan ini hanya boleh digunakan oleh Ahli Berdaftar sahaja.

- Bagi caj bayaran (sekiranya berbayar) adalah seperti berikut.

Satu Jam = RM2

PERKHIDMATAN PELANGGAN



- Perkhidmatan ini lazimnya melibatkan petugas Kaunter Hadapan, Kaunter Rujukan, Penasihat Pembaca, Kaunter Khas (Bilik IT, Perpustakaan Kanak - Kanak)

- Antara Tanggungjawab Utama Petugas Bahagian ini ialah menguruskan hal ehwal pelanggan, berusaha memberikan penerangan yang jelas dan tepat sekiranya diperlukan oleh para pengguna/pelawat/pelanggan.

- Bagaimanapun bantuan yang diberikan oleh seseorang petugas bahagian ini perlulah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan dilarang sama sekali melebihi bidang tugas.

PERKHIDMATAN PERBEKALAN PENERBITAN (Inter Library Loan)

- Diperkenalkan sejak 2 jun 1988 berpusat di Perpustakaan Negara Malaysia.

- Konsep yang diamalkan adalah konsep perkongsian bahan antara satu sama lain.

- Perkhidmatan ini juga terpakai bagi bahan – bahan dari Luar Negara.

- Tempoh pinjaman tertakluk kepada sesebuah perpustakaan tersebut. Namun begitu kebiasaannya menyamai dengan tempoh pinjaman biasa sesebuah perpustakaan.

- Keselamatan bahan hendaklah dijaga oleh peminjam, sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah diganti oleh peminjam.

- Beberapa bayaran akan dikenakan sekiranya peminjam perlu membuat salinan beberapa artikel di dalam bahan tersebut. (Bagi kes – kes apabila buku yang dipohon tidak dapat dibekalkan)

- Pastikan butiran buku adalah lengkap seperti berikut :

- Nama Penuh Pengarang

- Judul Bahan

- Bilangan Judul

- Tarikh Penerbitan

- Tempat Penerbitan

- Edisi

- Muka Surat & Bab

PERKHIDMATAN AUDIO VIDEO

- Perkhimatan ini meliputi perkhidmatan seperti Koleksi Muzik, Bilik Tayangan, Alat Pandang Dengar, Bilik Mendengar dan sebagainya.

- Perkhidmatan ini sudah mula disediakan oleh kebanyakan perpustakaan di negara kita, namun begitu tertakluk kepada polisi sesebuah perpustakaan tersebut

PENASIHAT PEMBACA/PEGAWAI RUJUKAN



- Merupakan kakitangan perpustakaan yang ditugaskan untuk membantu para pengguna sepanjang keberadaan mereka di perpustakaan

- Kebiasaannya para petugas adalah seorang yang mahir dan berpengetahuan tentang perpustakaan di mana ia bertugas.

Hentian 4 : Pengkelasan Bahan Perpustakaan


JENIS PENGKELASAN PERPUSTAKAAN DI DUNIA

- Dewey Decimal Classification (DDC)
- Library of Congress Classification (LCC)
- Univeral Decimal Classification (UDC)
- Bliss's Bibliographic Classification (BBC)
- Ranganathan Colon Classification (RCC)
- Chinese Library Classification (CLC)
- Colon Classifocation (CC)
- Harvard Classification (HC)
- Nippon Decimal Classification (NDC)

PENGKELASAN PERPUSTAKAAN CONGRESS (LOC)

A – General Works
BD - Religion Philosophy
BF - Psychology
BI - Religions, Mythology, Rationalism
BM - Judaism
BP - Islam, Bahaism, Theoscophy, Quran, Islamic Law, The Practice of Islam
BQ - Buddhism
BR - Christianity
BS - Bible
C - Auxiliary, Science of History (General)
DA - History of Europe


DB - History of Europe
DS - History of Asia
DT - History of Africa
E - History of America
F - History of America
G - Geography, Maps, Anthropology, Recreations
HA - Statistics
HB - Economic Theory
HC - Economic History and Conditions
HD - Industries, Land Use, Labor
HE - Transportation and Comunication
HF - Commerce
HG - Finance
HJ - Public Finance
HM - Sociology
HQ - Family, Marriage, Women
HT - Races, Social Pathology
HV - Social and Public Welfare, Criminology
JF - Constructional History and Administrations
JX - Relations
KD - Law of UK and Ireland
KE - Law of Canada
KF - Law of United States
LA - History of Education
LB - Theory and Practices of Education
LC - Special Aspect of Education
ML - Literature on Music
MT - Musical Instruction an Study
NA - Architecture
NB - Sculpture
NC - Drawing, Design, Illustration
ND - Painting
NE - Print Media
NK - Decorative Art and Ornaments
NX - Arts In General
P - Germanic Languages
PE - English Languages
PF - West Germanic Languages
PG - Russia Literature
PJ - Oriental Languages & Literature
PL - Eastern Asia, Africa, Oceania (Malay Languages)
PN - Universal Literary & History Collection
PQ - French, Italian, Portugese Literatures
PR - English Literature
PS - American Literature
PT - Germanic, Ducth, Scandinarian Literature
PZ - Fiction and Juvenile Belles – Literature
QA - Mathematics
QB - Astronomy
QC - Physics
QD - Chemistry
QE - Geology
QH - Biology
QK - Botany
QL - Zoology
QM - Human Anatomy
QP - Physiology
QR - Microbiology
S - Agriculture
TA - Engineering, Civil (General)
TC - Hydraulic Engineering
TD - Environmental Technology, Sanitary Engineering
TH - Building Construction
TJ - Mechanical Engineering
TK - Electrical Engineering, Electronic
TN - Mining Engineering
TP - Chemical Technology, Handicraft, Art, and Crafts
TR - Photography
TS - Quality Control
TX - Home Economic, Hospitality Industry
U - Military Science
V - Naval Science
Z - Books Writing, Library Science
ZA - Information Resources (General)

Sumber : Perpustakaan INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.

Read More...

PENGKELASAN NOMBOR PERPULUHAN DEWEY.

000 – Umum
100 – Falsafah & Psikologi
200 – Agama
300 – Sains Sosial
400 – Bahasa
500 – Sains Semulajadi & Matematik
600 – Teknologi (Sains Gunaan)
700 – Kesenian
800 – Kesusasteraan
900 – Ilmu Alam & Sejarah


000 – Umum
010 – Bibliografi
020 – Sains Perpustakaan & Maklumat
030 – Karya Ensyklopedia
040 –
050 – Terbitan Bersiri
060 – Pertubuhan Am & Sains Muzium
070 – Kewartawanan & Penerbitan Akhbar
080 – Koleksi Am
090 – Manuskrip & Buku Nadir

100 – Falsafah & Psikologi
110 – Metafizik
120 – Pengetahuan, Sebab, Tujuan Manusia
130 – Siskologi Biasa, Siskologi Ghaib, Sihir
140 – Pandangan Falsafah Tertentu
150 – Psikologi
160 – Ilmu Mantik
170 – Kesusilaan (Falsafah Moral)
180 – Falsafah Kuno, Zaman Pertengahan, Timur
190 – Falsafah Barat Kuno.

200 – Agama
210 – Agama Ketuhanan Alam
220 – Kitab Bible
230 – Teologi Ajaran Kristian
240 – Teologi moral & Ibadat Kristian
250 – Gereja Tempatan & Golongan Keagamaan
260 – Teologi Sosial & Hal Ehwal Gereja Kristian.
270 – Sejarah & Ilmu Alam Gereja Kristian
280 – Mashab & puak Kristian
290 – Agama2 Lain & Perbandingan Agama

300 – Sains Sosial
310 – Perangkaan
320 – Sains Politik
330 – Ekonomi
340 – Undang – Undang
350 – Pentadbiran Awam
360 – Masalah Perkhidmatan / Pertubuhan
370 – Pendidikan
380 – Perdagangan
390 – Adat Resam & Budaya Rakyat.

400 – Bahasa
410 – Linguastik
420 – Bahasa Inggeris & Bahasa – Bahasa Inggeris Tua
430 – Bahasa German
440 – Bahasa Perancis
450 – Rheato Romanic
460 – Bahasa Sepanyol & Bahasa Portugal
470 – Bahasa Italic & Bahasa Latin
480 – Bahasa Hellanic-Greek Klasik
490 – Bahasa – Bahasa Lain

500 – Sains Semulajadi & Matematik
510 – Matematik
520 – Astronomi & Sains Berkaitan
530 – Fizik
540 – Kimia & Sains Berkaitan
550 – Sains Bumi & Dunia – Dunia Lain
560 – Kaji Fosil
570 – Sains Hayat
580 – Sains Tumbuhan
590 – Sains Haiwan

600 – Teknologi (Sains Gunaan)
610 – Sains Perubatan
620 – Kejuruteraan & Pengendalian Berkaitan
630 – Pertanian & Teknologi Berkaitan
640 – Seni & Sains Rumah Tangga
650 – Perkhidmatan Pengurusan
660 – Teknologi Kimia & Berkaitan
670 – Perusahaan
680 – Perusahaan Perbagai Jenis
690 – Bangunan

700 – Kesenian
710 – Seni Keindahan & Perancangan Bandar
720 – Seni Bina
730 – Seni Plastik / Seni Pahat
740 – Lukisan & Seni Hiasan
750 – Seni Lukis & Lukisan
760 – Seni Grafik
770 – Seni Foto/ Gambar Foto
780 – Muzik790 – Hiburan & Seni Pertunjukan

800 – Kesusasteraan
810 – Kesusasteraan Amerika Dalam Bahasa Inggeris
820 – Kesusasteraan Bahasa2 Inggeris & Bahasa Inggeris Tua
830 – Kesusasteraan Rumpun Bahasa Jerman
840 – Kesusasteraan Rumpun Bahasa Romance
850 – Kesusasteraan Itali, Romani, Rheato-Romanic
860 – Kesusasteraan Bahasa2 Sepanyol, Portugal
870 – Kesusasteraan Italic, Latin
880 – Kesusasteraan Rumpun Bahasa Hellanic
890 – Kesusasteraan Bahasa – Bahasa Lain

900 – Ilmu Alam & Sejarah
910 – Geografi
920 – Bibliografi Am
930 – Sejarah Am Dunia Purba
940 – Sejarah Am Eropah
950 – Sejarah Am Asia
960 – Sejarah Am Afrika
970 – Sejarah Am Amerika Utara
980 – Sejarah Am Amerika Selatan
990 – Sejarah Am Tempat – Tempat Lain.

Sumber : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Read More...

PENGKELASAN PERPUSTAKAAN PERUBATAN KEBANGSAAN

QS - Human Anatomy
QT - Physiology
QU - Biochemistry
QW - Microbiology and Immunology
QX - Parasitology
QZ - Pathology
W - Health Professionals
WA - Public Health
WB - Practice of Medicine
WC - Communications Diseases
WD - Disorder of Systematic, Metabolic of Environment Origin
WE - Musculoskeletel System
WF - Respiratory System

WG - Cardiovascular System
WH - Herric and Lympathic System
WI - Disgestive System
WJ - Urogenital System
WK - Endocrine System
WL - Nervous System
WM - Psychiatry
WN - Radiology, Diagnose Imaging
WO - Surgery
WP - Gynecology
WQ - Obstetric
WR - Dermatology
WS - Pediatrics
WT - Geriatrics, Chronic Diseases
WU - Dentistry
WV - Otolaryngology
WW - Opthalmology
WX - Hospitals and Other Health Facilities
WY - Nursing
WZ - History of Medicine

Sumber : Perpustakaan INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.

Read More...

Hentian 5 : No. Panggilan & Susunan Bahan


NOMBOR PANGGILAN (CALL NO.)

- Nombor Panggilan merupakan nombor yang dilabelkan pada tetulang buku bagi tujuan memudahkan pencarian bahan di rak. Nombor Panggilan hendaklah sama seperti yang tertera di dalam Sistem OPAC atau Web OPAC

- PERINCIAN NO PANGGILAN














- NOMBOR PANGGILAN & LABEL TULANG BELAKANG



































SUSUNAN BAHAN DI RAK


- Di susun mengikut keutamaan bahan dari kiri ke kanan seperti rajah di bawah


















SISTEM PENGKELASAN LOC (PERPUSTAKAAN AKADEMIK)















SISTEM PENGKELASAN DDC (PERPUSTAKAAN AWAM)

Hentian 6 : Panduan Mudah Pencarian Bahan

test
Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us